jump to navigation

Rahsia Kejayaan Clickbank January 28, 2009

Posted by adiputra in Uncategorized.
Tags: , ,
add a comment

Oleh: Dush Ramachandran , VP Jualan Dan Pembangunan Perniagaan Clickbank
Dimasa perjumpaan atau kehadiran saya ke majlis tertentu, ramai sering bertanyakan saya apa saya buat, dan saya memberitahu mereka saya berkhidmat ClickBank. Jawapan biasanya adalah disambut dengan satu kelihatan bingung dan satu penuh tanda tanya “Clickbank?” Tetapi bila saya memberitahu cerita ClickBank, kebingungan mereka digantikan oleh kehairanan dan kekaguman, dan soalan yang tidak dapat dielakkan adalah “Apakah rahsia bagi kejayaan ClickBank?”
Walaupun soalan sentiasa berbeza dan boleh jadi mengharapkan satu jawapan lain setiap masa, saya menjawab soalan dengan tepat dan serupa setiap masa:“Rangkaian kita.” Kerja keras setiap mereka yang menyertai jaringan clickbank yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan mempunyai idea yang kreatif serta inovatif telah membantu melonjakkan clickbank menjadi sebuah jaringan yang hebat.
Secara mudah, pendekatan mengurangkan risiko sebagai ahli affiliate clickbank menyebabkan purata keahlian meningkat sebanyak 2000 sehari.Sehingga kini 110,000 orang telah menjadi ahli jaringan clickbank dan merekalah yang telah membantu meningkatkan kejayaan clickbank pada hari ini
Kami berfikir bahawa affiliate kami merupakan punca kejayaan dan kekuatan yang tercetus pada hari ini.

Selamat Kembali January 27, 2009

Posted by adiputra in Uncategorized.
add a comment

wah..dalam tak sedar dah 3 tahun berlalu.Kini saya akan kembali dengan pelbagai topik menarik.Inilah antara blog terawal saya.sayang kalau tak dikemaskini.Anyway…i’m back

Berahi lagi menghairahkan…sebuah kisah yang terlampau November 21, 2006

Posted by adiputra in Uncategorized.
add a comment

Empat bulan ini amat memberahikan saya.Apa tidaknya, saya terlalu obses dengan komputer dan internet.Berbanding sebelum saya mengenal internet secara serius,keadaan ini tidaklah seteruk hari ini.Walaupun baru merangkak dalam era e bisnes,banyak yang telah saya pelajari.Saya menjadi terlalu ghairah untuk memahami dan mempelajari selok belok perniagaan internet. Benar..kepuasan yang tidak terhingga walaupun pulangan yang saya perolehi masih belum dapat mengejar kebanyakkan ‘otai, siber.Bermula pada bulan Jun, saya kini sudah melangkah setapak lagi. Kalau sebelum ini saya hanya melayari internet dipejabat ( kadangkala terbabas juga masa bekerja) kini saya berazam untuk terus mara.Ya saya masih mempunyai 2 tahun 8 bulan untuk mempunyai pendapatan tetap melalui internet(kata orang…3 tahun baru dapat menguasai sepenuhnya e bisnes). Kini saya telah memiliki kelengkapan lengkap untuk berperang di internet.Awas rakan rakan semua kerana saya akan memberikan persaingan yang sengit.Justeru anda perlulah bersiap sedia juga. Sejarah saya menceburi bidang banyak menghadirkan mimpi ngeri dari mimpi yang enak. Ketika belajar…sayatelah mempunyai perniagaan sendiri.Bersama seorang partner, saya banyak belajar cara cara berniaga.Kadangkala kaunter rugi mengatasi untung.Tapi sedikit sebanyak pengalaman tersebut memberi tunjuk ajar yang berguna.Walaupun sekadar’side income’….saya berazam menjadikan bisnes ini sebagai pendapatan utamasaya. Saya banyak mencuri pengalaman majikan saya…seorang berpangkat Datuk. Usia beliau baru 40-an(Bukan Datuk K kerana beliau tidak mempunyai sehelai kumis pun) namun beliau mempunyai empayar perniagaan yang kukuh. Daripada sektor pembinaan,perkapalan,komoditi pertanian,pelancongan dan banyak lagi. Saya akui saya masih gagal menghitung jumlah sebenar syarikat beliau sehingga hari ini. Beliau seorang yang amat gentleman…mudah mendekati beliau dan tidak begitu protokol walaupun beliau sudah kaya raya.Antara panduan beliau ialah sentiasa bermesyuarat, kayakan perundingan, mempunyai ramai kawan kalau mahu berjaya didalam perniagaan.Saya akan bercerita lagi tentang strategi perniagaan beliau kerana nanti saya tidak mempunyai apa lagi untuk ditulis. Saya banyak mengenali rakan rakan yang terlibat didalam bidang pembinaan. Pendapatan mereka cukup lumayan. Sekali projek sahaja keuntungan mencecah sehinga puluhan ribu. Dikalangan yang mendapat tender kerajaan pula, satu projek sudah cukup menyara hidup selama setahun. Namun terdapat beberapa kategori mereka yang membuatkan saya amat sedih sekali. Golongan tersebut ialah ;-

Tua tapi muda-
Golongan ini sentiasa berfoya foya. Mereka amat suka membazirkan duit untuk berhibur.Tak perludijelaskan apa aktiviti mereka tetapi kalah orang muda seperti kita. Katanya’entertain’ amat perlu bagi memudahkan urusan projek.Amat menggemari pucukmuda walaupun spesis ini adalah karnivor.Sentiasa ghairah dan pasport merekasentiasa dipenuhi cop.Bila kaya lupa diri..bila susah orang lain yang takberguna..hampes Baba dan 40 penyamun tarbus-Dapatprojek terus beri kepada mereka yang sanggup menawarkan persen tertinggi.Asalkan aku untung dan tak payah pening kepala walaupun mereka akanmemperolehi untung lebih besar kalau melaksanakan sendiri.Golongan ini amatramai.Yang kaya siapa?paham paham jelah.
Masuk angin keluar asap-
Golongan ini amat cerdik sekali.Tak perlu bersusah payah. Hanya makan atas angin sahaja.Kononnya akulah yang lobi bagi kau dapat..jadi duit air aku kenekasilah.Baik sikit dengan orang politik mulalah nak tunjuk belang.

Golongan ini agak payah ditemui…dapat projek ..terus buat yang terbaik.Dapat untung terus tambah aset untuk masa depan.Masa yang tepat dan mudah berurusan dengan mereka.Satu dalam seribu kalau hendak jumpa pun.

Golongan paling malang-kombinasi 1,2dan 3…..

Inilah diantara penyebab keghairahansaya menceburi e bisnes. Tak perlu berhadapan dengan spesis spesis seperti diatas.

Susah ker nak jadi usahawan?..siri 1 November 19, 2006

Posted by adiputra in Uncategorized.
1 comment so far

Istiqamah.Perkataannya cukup mudah.Tetap pendirian dalam melaksanakan sesuatu.Kadang kala saya tidak mampu untuk menetapkan pendirian.Seperti menulis blog ini.Memandangkan masa dan kekangan lain yang dihadapi maka kadang kadang kita terleka.

Lalu saya berazam untuk kembali berbicara….

Susah ker nak jadi usahawan?…pertanyaan yang mudah tapi jawapannya gak susah.Menjadi usahawan memerlukan perancangan yang berkesan. Kalau perancangan yang dirangka mencecah setebal buku teks..tetapi tidak berkesan maka kita telah membuang masa.Mengsah minda supaya sentiasa berfikir kreatif akan membuatkan kita teruja apabila melihat sesuatu.Maka kita perlu melihat semua perkara dengan positif.

Ketika belajar..saya memikirkan sesuatu yang boleh menjana pendapatan kerana perbelanjaan sering melebihi pendapatan.Almaklumlah  pinjaman kerajaan sekadar cukup makan sahaja.Masakan cukup untuk membeli bahan rujukan,mengisi perut dan sedikit berpoya-poya(jangan anda kata anda tidak berpoya-poya ketika belajar..tapi saya percaya kalau anda dikalangan mat skema)

Pengalaman pertama menjadi usahawan kecil memberikan pengalaman yang ngeri.Namun semangat yang membara membuatkan saya meneruskan langkah.(Ada ke patut jual komputer campur dengan cenderamata…tak chemistry langsung).Pengalaman ngeri membuatkan orang serik tetapi kalau semangat usahawan mengalir maka semua itu bukanlah satu halangan.

Salah seorang rakan saya merupakan seorang yang berjiwa usahawan.Semua benda dilihat boleh menghasilkan wang .Saya percaya beliau akan berjaya menjadi usahawan dan kaya dalam sedikit masa lagi kerana bibit bibit kearah itu sudah mula terserlah.Beliau kini memiliki beberapa premis dan beberapa jenis perniagaan.

Kenapa beliau akan menjadi kaya?

Dikalangan rakan rakan,ada satu perkara yang tidak disukai tentang mamat ini.KEDEKUT.Beliau digelar kedekut tetapi pada saya beliau seorang yang cermat dan beliau menyimpan banyak wang berbanding kami yang menggelarnya(beliau tak kisahpun dipanggil tangkai jering)Kalau makan bersama,jangan haraplah nak merasa duit beliau.Beliau akan memesan segelas teh panas dan segelas ais kosong kalau lepak di kafeteria.Kenapa?setelah separuh diminum beliau akan mencampurkan pula ais tadi menjadi teh ais.Teh panas dan teh ais pada satu harga.Bijak bukan.Ais kosong baru dua puluh sen.Kalau makan akan dipastikan nasi goreng yang dipesan diletak nasi tambah.Ramai rakan agak berbulu dengan beliau tapi beliau tidak pernah kisah pun.Memang ramai yang meluat tetapi beliau boleh menyimpan wang sebanyak 4 angka sebulan ketika masih belajar…(hasil bisnes beliau) sedangkan kami yang berbulu ini satu sen pun tak sempat..hampeh.

Ketika pesta konvokesyen saban tahun…beliau akan menyewa seberapa banyak gerai yang boleh dengan menggunakan banyak nama.Saya akan dibayar kalau saya menggunakan nama saya sebagai penyewa dengan mengalibabakan gerai tersebut kepada beliau.Lumayan.Tapi saya hanya mendapat RM300 sahaja sedangkan beliau untung RM30,000 dalam masa 5 hari.Bodoh betul.

Kami bersahabat baik kerana datang sekampung.Beliau sanggup menukar universiti dan rugi setahun malah menjdi junior pula walaupun sebaya.kerana melihat potensi perniagaan ditempat kami belajar.Beliau tidak pernah marah kami memanggilnya dengan pelbagai gelaran.Bagi beliau asal jadi duit sahaja.Inilah salah satu yang perlu ada kalau mahu kaya dengan cepat.Walaupun tidak dapat diterima oleh segelintir umat…bagi beliau…asalkan beliau menjadi kaya ..persoalan lain bukan satu halangan bagi beliau.Apa yang orang akan kata tidak ada kena mengena dengan duit yang beliau akan dapat.Kita yang habis air liur dan kocek beliau tetap kembung juga.

Susah juga nak jadi usahawan yer..

Budaya Usahawan Melayu September 6, 2006

Posted by adiputra in e-biz, Uncategorized.
3 comments

Usahawan melayu adalah usahawan yang cekal dan tidak takut kepada risiko.Mereka sentiasa memandang kehadapan dan mempunyai banyak idea yang menarik.Mereka juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman malah sanggup untuk membuka peluang kepada orang lain.

Walaupun seringkali kita mendengar pelbagai lemparan kata kata negatif terhadap usahawan melayu,belum pernah kita memuji usaha dan kekuatan minda mereka.Saya tidak pernah percaya kata kata keji terhadap bangsa saya. Bangsa melayu terlibat didalam pelbagai perniagaan daripada konglomerat sehinggalah ditepi jalan.Mereka begitu cekal dan tidak bergantung kepada sesiapa.Mereka juga bijak menghidu peluang dan mempunyai semangat jatidiri yang kukuh. Bagi bangsa melayu yang beragama islam, perniagaan yang berkat lebih bernilai daripada keuntungan sahaja kerana bisnes juga merupakan satu ibadah. Kalaulah melayu tidak terikat dengan hukum hakam agama,maka saya percaya ramai orang melayu akan menjadi usahawan berjaya.Ini kerana islam melarang penipuan,judi,riba dan seumpamanya. Justeru usahawan melayu patut merasa bangga terhadap kebolehan ini.

Adiey

Usahawan da Keusahawanan September 4, 2006

Posted by adiputra in Uncategorized.
add a comment

USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN
Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

Peter F. Drucker
Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.

Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:
1) 1)Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.
2) 2)Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3) 3)Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4) 4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

Siapakah Usahawan?

Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free enterprise”.

Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

(entrepreneurial = dgn pengusaha, tetapi aku terjemahkan kepada perniagaan)

Hari ini, usahawan adalah seorang invator (penemu cara baru) atau seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dilaksanakan atau dapat dijual; menambah nilai; usaha; duit, kecekapan; mengambil risiko dengan terhadap persaingan di pasaran apabila melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan diperolehi hasil dari usaha tersebut.

Kepentingan Keusahawanan

Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Terdapat banyak mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini terjadi kerana kurangnya kajian yang dilakukan terhadap keusahawanan. Kuratko dan Hodgetts (2004) telah membicarakan 10 mitos keusahawanan.

Mitos (dongeng) Fakta
Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang pemikir Walaupun usahawan lebih kepada aksi, mereka juga merupakan seorang pemikir. Mereka selalunya merancang sesuatu dengan teliti. Malah selalunya menyediakan pelan alternatif sekiranya pelan yang asal mengalami kegagalan. Ini menunjukkan usahawan adalah seorang pemikir dan pelaksana (doers)
Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta Kebanyakkan usahawan dan bukan usahawan mengatakan ciri-ciri usahawan tidak boleh diajar dan dipelajari. Mereka mengatakan siri usahawan adalah secara semula jadi. Tetapi kajian telah membuktikan usahawan boleh diajar dan dipelajari. Keusahawanan mempunyai model, proses dan terdapat kajian kes yang membolehkan topik tersebut dipelajari
Usahawan selalunya seorang pencipta Walaupun banyak pencipta adalah juga usahawan, namun terdapat banyak usahawan yang berjaya bukannya pencipta. Sebagai contoh Ray Kroc bukan pencipta francise untuk makanan segera, tetapi idea inovatif beliau telah menjadikan McDonald sebuah syarikat makanan segera terbesar di dunia. Kejayaan usahawan bergantung kepada idea kreatif dan inovatif di dalam kerja yang dilakukan dan ciri-ciri ini boleh dipelajari
Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri (anti sosial) Kepercayaan ini timbul kerana adanya peniaga yang menjadi usahawan berjaya setelah berhenti dari sekolah atau berhenti dari kerja. Menurut sejarah, pendidikan dan organisasi sosial tidak mengesahkan (recognise) usahawan. Hari ini, usahawan tidak lagi dianggap sebagai seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri. Usahawan kini dilihat sebagai seorang profesional.
Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile” Terdapat banyak buku dan artikel yang menyenaraikan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Senarai ini sama ada tidak disahkan ataupun tidak lengkap; ia hanya berdasarkan kepada kajian kes yang dilakukan ke atas orang yang telah berjaya. Hari ini, kita sedar untuk mencapai profil 100% seorang usahawan adalah perkara mustahil. Kebanyakkan usahawan yang berjaya hari ini tidak mempunyai kesemua ciri-ciri profil apabila memulakan perniagaan
Kesemua usahawan memerlukan wang Ia adalah benar, semua peniagaan memerlukan kapital untuk hidup. Ia juga adalah benar, kebanyakkan punca kegagalan perniagaan adalah ketidak cukupan pembiayaan. Untuk usahawan, wang adalah sumber tetapi bukan semuanya bergantung kepada wang
Semua usahawan bergantung kepada nasib “berada pada tempat yang betul pada masa yang betul” merupakan suatu kelebihan. Walau bagaimanapun “Keuntungan terjadi apabila persediaan menjumpai peluang”. Apa yang penting, seorang usahawan mestilah membuat rancangan, persediaan, tekad(kepastian), keinginan, pengetahuan dan inovatif
Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan “Terlalu banyak perancangan dan penilaian berperanan memberikan masalah yang berpanjangan”. Kenyataan ini tidak benar untuk pasaran yang bersifat persaingan. Kunci utama untuk kejayaan adalah perancangan yang teliti dan persediaaan yang mencukupi. Usahawan perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, tetapkan masa serta sediakan rancangan untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul dan cuba kekurangkan masalah ini dengan melalui perancangan yang teliti
Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi. Memang benar, kebanyakkan usahawan mengalami beberapa kegagalan sebelum mereka memperolehi kejayaan. Usahawan belajar dari kegagalan sendiri serta kegagalan orang lain sebagai rujukan dan panduan mereka dimasa akan datang.
Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim Risiko merupa elemen utama di dalam proses keusahawanan. Pada pandangan orang awam, kebanyakkan usahawan adalah penanggung risiko yang tinggi. Tetapi pada dasarnya, usahawan selalunya mencari informasi dan membuat perancangan sebelum melakukan sebagai aktiviti. Ini bermaksud, usahawan selalu melakukan kerja secara moderat dan mengira risiko yang akan berlaku

Pembangunan Keusahawanan di Malaysia

Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.

Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995, kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Usahawan Malaysia September 4, 2006

Posted by adiputra in Uncategorized.
2 comments

Sebenarnya blog ni dah lama dilancarkan tetapi dah lama tak dipedulikan.So saya updatekan balik.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.