Budaya Usahawan Melayu September 6, 2006
Posted by adiputra in e-biz, Uncategorized.trackback
Usahawan melayu adalah usahawan yang cekal dan tidak takut kepada risiko.Mereka sentiasa memandang kehadapan dan mempunyai banyak idea yang menarik.Mereka juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman malah sanggup untuk membuka peluang kepada orang lain.
Walaupun seringkali kita mendengar pelbagai lemparan kata kata negatif terhadap usahawan melayu,belum pernah kita memuji usaha dan kekuatan minda mereka.Saya tidak pernah percaya kata kata keji terhadap bangsa saya. Bangsa melayu terlibat didalam pelbagai perniagaan daripada konglomerat sehinggalah ditepi jalan.Mereka begitu cekal dan tidak bergantung kepada sesiapa.Mereka juga bijak menghidu peluang dan mempunyai semangat jatidiri yang kukuh. Bagi bangsa melayu yang beragama islam, perniagaan yang berkat lebih bernilai daripada keuntungan sahaja kerana bisnes juga merupakan satu ibadah. Kalaulah melayu tidak terikat dengan hukum hakam agama,maka saya percaya ramai orang melayu akan menjadi usahawan berjaya.Ini kerana islam melarang penipuan,judi,riba dan seumpamanya. Justeru usahawan melayu patut merasa bangga terhadap kebolehan ini.
Adiey



Saya kurang setuju dengan pendapat bahawa yang mengatakan usahawan muslim kurang berjaya kerana terikat dengan garispanduan agama.
Pada saya dengan garispanduan itulah sebenarnya mendorong lebih ramai usahawan muslim yang berjaya. Lihat sahaja para sahabat pada zaman nabi dahulu. Mereka berjaya dalam bisnes dan pada masa yang sama berjaya mengikut perintah agama.
Pada saya kebanyakan usahawan melayu yang kurang berjaya tu masih tak menjalankan bisnes mengikut lunas yang ditentutan agama.
Saya setuju.
Cuma kadang kadang orang selalu membandingkan kita dengan bangsa lain secara tidak adil.Padahal bukan semua mereka berjaya
Tu la pasal… kekadang kita ni saling berdengki sesama sendiri. Tak boleh tgk bangsa sendiri maju. Ntahapahapantah…