jump to navigation

Susah ker nak jadi usahawan?..siri 1 November 19, 2006

Posted by adiputra in Uncategorized.
trackback

Istiqamah.Perkataannya cukup mudah.Tetap pendirian dalam melaksanakan sesuatu.Kadang kala saya tidak mampu untuk menetapkan pendirian.Seperti menulis blog ini.Memandangkan masa dan kekangan lain yang dihadapi maka kadang kadang kita terleka.

Lalu saya berazam untuk kembali berbicara….

Susah ker nak jadi usahawan?…pertanyaan yang mudah tapi jawapannya gak susah.Menjadi usahawan memerlukan perancangan yang berkesan. Kalau perancangan yang dirangka mencecah setebal buku teks..tetapi tidak berkesan maka kita telah membuang masa.Mengsah minda supaya sentiasa berfikir kreatif akan membuatkan kita teruja apabila melihat sesuatu.Maka kita perlu melihat semua perkara dengan positif.

Ketika belajar..saya memikirkan sesuatu yang boleh menjana pendapatan kerana perbelanjaan sering melebihi pendapatan.Almaklumlah  pinjaman kerajaan sekadar cukup makan sahaja.Masakan cukup untuk membeli bahan rujukan,mengisi perut dan sedikit berpoya-poya(jangan anda kata anda tidak berpoya-poya ketika belajar..tapi saya percaya kalau anda dikalangan mat skema)

Pengalaman pertama menjadi usahawan kecil memberikan pengalaman yang ngeri.Namun semangat yang membara membuatkan saya meneruskan langkah.(Ada ke patut jual komputer campur dengan cenderamata…tak chemistry langsung).Pengalaman ngeri membuatkan orang serik tetapi kalau semangat usahawan mengalir maka semua itu bukanlah satu halangan.

Salah seorang rakan saya merupakan seorang yang berjiwa usahawan.Semua benda dilihat boleh menghasilkan wang .Saya percaya beliau akan berjaya menjadi usahawan dan kaya dalam sedikit masa lagi kerana bibit bibit kearah itu sudah mula terserlah.Beliau kini memiliki beberapa premis dan beberapa jenis perniagaan.

Kenapa beliau akan menjadi kaya?

Dikalangan rakan rakan,ada satu perkara yang tidak disukai tentang mamat ini.KEDEKUT.Beliau digelar kedekut tetapi pada saya beliau seorang yang cermat dan beliau menyimpan banyak wang berbanding kami yang menggelarnya(beliau tak kisahpun dipanggil tangkai jering)Kalau makan bersama,jangan haraplah nak merasa duit beliau.Beliau akan memesan segelas teh panas dan segelas ais kosong kalau lepak di kafeteria.Kenapa?setelah separuh diminum beliau akan mencampurkan pula ais tadi menjadi teh ais.Teh panas dan teh ais pada satu harga.Bijak bukan.Ais kosong baru dua puluh sen.Kalau makan akan dipastikan nasi goreng yang dipesan diletak nasi tambah.Ramai rakan agak berbulu dengan beliau tapi beliau tidak pernah kisah pun.Memang ramai yang meluat tetapi beliau boleh menyimpan wang sebanyak 4 angka sebulan ketika masih belajar…(hasil bisnes beliau) sedangkan kami yang berbulu ini satu sen pun tak sempat..hampeh.

Ketika pesta konvokesyen saban tahun…beliau akan menyewa seberapa banyak gerai yang boleh dengan menggunakan banyak nama.Saya akan dibayar kalau saya menggunakan nama saya sebagai penyewa dengan mengalibabakan gerai tersebut kepada beliau.Lumayan.Tapi saya hanya mendapat RM300 sahaja sedangkan beliau untung RM30,000 dalam masa 5 hari.Bodoh betul.

Kami bersahabat baik kerana datang sekampung.Beliau sanggup menukar universiti dan rugi setahun malah menjdi junior pula walaupun sebaya.kerana melihat potensi perniagaan ditempat kami belajar.Beliau tidak pernah marah kami memanggilnya dengan pelbagai gelaran.Bagi beliau asal jadi duit sahaja.Inilah salah satu yang perlu ada kalau mahu kaya dengan cepat.Walaupun tidak dapat diterima oleh segelintir umat…bagi beliau…asalkan beliau menjadi kaya ..persoalan lain bukan satu halangan bagi beliau.Apa yang orang akan kata tidak ada kena mengena dengan duit yang beliau akan dapat.Kita yang habis air liur dan kocek beliau tetap kembung juga.

Susah juga nak jadi usahawan yer..

Comments»

1. Duniablogger.net » Blog Archive » Susah sangat ke jadi usahawan - September 10, 2008

[...] Susah ker nak jadi usahawan?..siri 1 [...]


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.